Tangkas Sang Juara
“Huracan” telah menjadi pilihan dalam mengekspretasikan Sidang 5 DPA INTAN Tahun 2022. Seiring identiti Squadron, nama ini diinspirasikan daripada Hawker Hurricane (pesawat pejuang British) yang telah dicipta pada tahun 1937. Walaubagaimanapun, julukan ini telah diterjemahkan dalam bahasa Sepanyol iaitu “Huracan” – Squadron Kelima!
HURACAN
Tangkas Sang Juara merupakan slogan keramat HURACAN sehingga kini
Sidang Huracan sememangnya aktif dan rancak dalam menyertai pelbagai program dan juga aktiviti sama ada anjuran MPP mahupun dalam sidang sendiri. Antara program sidang yang berimpak tinggi termasuk Bengkel Sembelihan Huraken, Hurangoli, Bicara Sang Juara, Bicara Sang Khalifah, Program Rentas Generasi, Hurascam dan Hurahike.