Kenali Kami

Terbang gagah dan senada

Seiring semangat yang ingin berjuang habis-habisan dan kaut jaya dalam diam, nama Phantom hidup mewakili 81 laskar. “Mentaliti Juara” jadi pegangan. Biar diapit diuji, semangat Phantom kekal satu. Takkan padam dengan cemuhan, makin berapi dengan perjuangan. Biar pelbagai latar laskar datang, bila acuan mendatang, Phantom Mentaliti Juara terbang!

Hingga hari ini Mentaliti Juara jadi pegangan dan Unity In Diversity tanda kesepaduan

Deruman pesawat melintas laju menjadi pelindung kepada infantri. F4 Phantom, sebuah pesawat pejuang yang mashyur dan megah sedari era perang Vietnam. Terbangnya gagah dan senada. Seiring dengan semangat juang, Phantom mengaut jaya dalam diam. Nama Phantom dipilih mewakili 81 orang laskar muda. Empat bintang mewakili ketumbukan empat (4) butir Gems. Seiring dengan empat (4) tonggak UDPA yang menjadi laksamana pejuang. Cacah perisai empat (4) bucu tajam mewakili keutuhan semangat persaudaraan. Sayap dilebarkan sebagai tanda terbang jaya. Tanpa mengalah, laungan Phantom menyusup dalam hati. Menjulang api perjuangan dalam setiap sudut bumi. Baik di darat, hutan mahupun lautan.

Pesawat di tengah sebagai simbolik maju mara terus kehadapan. Dalam diam, semangat setiakawan sentiasa dijulang tinggi, “Tiada yang ketinggalan!” dijulang Komandan Pertama. Hingga hari ini, “Mentaliti Juara” jadi pegangan. Biar diapit diuji, semangat Phantom kekal satu. Takkan padam dengan cemuhan, makin berapi dengan perjuangan. Biar pelbagai latar laskar datang, bila cabaran mendatang, Phantom Mentaliti Juara terus terbang!